4 hari || ~RM13,000

8 March, 2020 - Artikel, Takaful
Penulis punya bil. fresh daripada oven

Jumaat 28/02
pergi klinik biasa, doktor kata kena rujuk ke hospital sebab dia suspect ada deep penetration luka tu.
Sebenarnya benjol bawah kulit yang tak ada mata and saiz agak beso.. jadi memang sakit la..

Isnin 02/03
appointment di PCMC, doktor check sekali terus bagitau kena buat operation untuk buang nanah dan check berapa dalam penetration luka.

Doktor tanya bila free. Minggu ni sepatutnya plan asal pergi umrah dengan family tapi dah postpone sebab COVID-19. Maka terus bagitau doktor
“Esok terus je la doctor”

Malam dah kena puasa, apa pun xleh makan dan minum. Selasa pagi check in PCMC, lapa bak hang… jam 1500 ready masuk operation theater. Jam 1530 gitu kena full body bius. Mcm ni rupanya rasa penangan ubat tido. Doktor bius suruh kira sampai 3, baru sampai 2 dah lelap terus dah..
Sedar tak sedar dah jam 2230… punya lama penangan ubat tido..

3 malam kena tido hospital. Hari jumaat 06/03 petang doktor release untuk balik. Pergi la clearkan process apa patut. Ingat ada la kot dalam RM7-8 ribu ke.
Sekali hambik ko…dekat RM13,000
Tak masuk parking RM15 sehari, duit minyak kereta bini ulang alik, makan minum lagi…

Boleh la kata “mujur company cover”
Tapi diri sendiri pun dah mencarum medical card sendiri since 2015 haritu siap pakej elaun harian RM100.
Pakej aku carum tak tinggi mana pun, RM200 je sebulan.. bilik rM200, limit tahunan RM1.32Mil

RM200 sebulan x 60 bulan (5 tahun)= RM12,000
Sekali kena sakit je, terus guna habis duit ni kalau simpan bawah bantal😆

So kita tak tahu bila kita nak pakai medical card ni. Sakit boleh datang tetiba, accident boleh datang tiba-tiba.. kalau baru sakit and baru nak apply takaful.
Memang kena korek tabung la kiranya.
Kalau sapa dah ada medical card tu tapi yearly limit rendah sangat pun maybe kena tengok balik😄

Ir Maaruf Mohamad
Assistant unit manager
Great Eastern Takaful Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Calendar

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031