Maaruf Mohamad

Post Graduate Student || Professional Engineer || Assistant Unit Manager Great Eastern Takaful Bhd

Menu
  • Blog
  • Siapa Saya
  • Great Eastern Takaful Bhd
    • Medical Card Stand Alone
    • 45+11 Critical Illness Types
Menu

Apa itu Takaful?

Posted on 19 September , 201618 September , 2016 by MaarufMohamad

Dalam bahasa harian di Malaysia, takaful merujuk kepada skim perlindungan seperti juga insurans tetapi secara Islamik. Atau lebih mudah disebut insurans kaedah Islam.

Tetapi… Pada hakikatnya…

Menurut bahasa, takaful bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.

Dalam Akta Takaful 1984 pula, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Di sini jelaslah bahawa takaful mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang lebih menitikberatkan perasaan saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama peserta. Ia bukanlah hanya sekadar membayar untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Tetapi lebih kepada derma yang bermanfaat dan kena pada sasaran yang tepat. Wang yang disumbangkan setiap bulan itu dikumpulkan, dilaburkan dan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta-peserta yang ditimpa musibah.

Sehingga 2012, terdapat sebanyak 12 Pengendali Takaful di Malaysia. Mereka termasuklah (mengikut abjad) :-

  1. AIA AFG Takaful Bhd
  2. AmFamily Takaful Berhad
  3. CIMB Aviva Takaful Berhad
  4. Etiqa Takaful Berhad
  5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  8. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  9. Zurich Takaful (MAA Takaful Berhad)
  10. Prudential BSN Takaful Berhad
  11. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  12. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

credit info daripada sini

Bukan syarikat mana yang menjadi isu. Faedah caruman takaful untuk keluarga akan balik kepada keluarga juga. Yang penting pastikan anda paham apa yang anda ambil dan tanda tangan tu. Ambil sedikit masa untuk buka buku polisi yang anda dapat tu 🙂

MaarufMohamad

Takaful Awareness Agent

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

RECENT POSTS

  • Virtual workshop professional Engineer (Ir.)
  • Kenapa kita perlu ada income replacement plan
  • Apa Anda perlu tahu tentang Wasiat, Hibah, dan Faraid.
  • Kenapa Nak Jadi Ejen Rahsia
  • Ejen Takaful Wangsa Maju |Melawati |Taman Permata| Lembah Kelang.

Categories

  • Great Eastern Takaful Berhad
© 2021 Maaruf Mohamad | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme