Salam.
harini kawan nak bercerita pasal lampu kereta. ni dah kali ke 3 lampu kereta padam. tapi lampu-lampu yang berlainan la, bukan lampu yang sama. Yang pertama dulu lampu depan (kecik) sebelah kanan. memandangkan dia cuma lampu kecik yang tak mendatangkan mudarat yang besar semasa memandu pada waktu malam, tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk tukar kan dia. last sekali tukar masa servis kereta di pusat servis KIA sahaja. Cas RM50.
Lampu ke dua yang padam adalah lampu besar sebelah kanan. memandangkan ianya lampu yang penting. terus ke kedai assesories kereta untuk tukarkan lampu. dia offer nak OSRAM (RM50) atau local brand(RM25). aku cakap local sudah la. Masa ni ada kesempatan untuk tengok macamana dia buka lampu tu. YaAllah, mudah sangat nya hai.
Lampu ke tiga yang padam pada selasa 17 Mei 2016. ni lampu besar sebelah kiri pulak. kalini ambil inisiatif untuk buat sendiri.
- Buka housing lampu. Cabut connection wayar kepada lampu tu.
- ada satu besi yang ‘hold’ lampu daripada bergerak, boleh alihkan saja.
- cabut lampu tu.
- pergi kedai D.I.Y. , beli exactly sama jenis (Watt dan Voltage), RM5.90 je
- Pasang balik.
disertakan gambar-gambar untuk rujukan.



Selamat Mencuba
Ps : Saya pakai Naza Forte 1.6SX