Home » Artikel » O&G 101 Bersama HR Department

O&G 101 Bersama HR Department

HR department

Syukur ke Hadrat Ilahi.

Tanggal 15 June 2016, jabatan pengurusan sumber manusia (Baca: HR department) PCSB SKO ada menjemput saya untuk memberikan sedikit perkongsian berkenaan dengan industri oil and gas secara umumnya. Sesi di jalankan dalam tempoh 90 minit diikuti dengan 30 minit kuiz antara peserta yang hadir.

Jumlah keselurahan yang hadir dalam 26 orang. satu angka yang saya tak sangka dan 95% daripada mereka memang stay dalam meeting room sepanjang kelas walaupun nampak ada yang sedang menyiapkan tugasan di laptop masing-masing. mungkin di”wajib”kan hadir barangkali. =)

Sesi dimulakan dengan brief ice breaking. Dan sebagai fasilitator, saya bertanyakan soalan basic “adakah anda pernah ke pelantar minyak luar pantai”. 50% daripada hadirin tidak pernah ke offshore sepanjang penglibatan mereka di dalam industri O&G ini. tidak mengapa, kerana itu lah tujuan saya hadir untuk berkongsi sedikit gambaran kasar apakah kerjaya di tengah laut sana saban hari, minggu berganti bulan, 24/7 tidak berhenti oeprasinya.

hr summary

dalam tempoh 90 minit tu. dapatlah saya cerita serba ringkas gambaran kasar industri pada peringkat dunia kemudian menjurus kepada Malaysia dan seterusnya kepada sarawak operation secara amnya.

teknik yang di pakai pada sesi perkongsian ini lebih kepada visualize item. saya tunjukkan video dan juga imej-imej supaya hadirin dapat amik ‘feel’ apa yang saya cuba terangkan. dan nampaknya teknik ini memang berkesan kepada kebanyakan peringkat hadirin.

ini contoh video pemasangan platform paling baru di Sarawak (mengikut pengetahuan saya lah). Nama platform ni Tukau Timur Jacket Alpha (TTJTA). Ini adalah salah satu daripada platform yang akan menyumbangkan gas untuk menyokong project BARDEGG 2.

sesi kuiz dalam masa 30 minit itu lebih menjurus kepada isi kandungan sesi perkongsian saya tadi. cuma untuk menduga sejauh mana mereka memberi perhatian kepada saya.hehehe

Secara Amnya. Sesi perkongsian saya merangkumi topik-topik berikut

  1.  Introduction of oil and gas history (world, Malaysia)
  2.  Petroleum Geology
  3.  Exploration & Appraisal
  4.  Drilling & Completion
  5.  Development Planning
  6.  Production Operation
  7.  Decommissioning of oil and gas platform
, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*