Home » Artikel » Kenapa Caruman Takaful Naik?

Kenapa Caruman Takaful Naik?

Sebulan dua ini jumpa beberapa orang yang mahu tukar polisi takaful mereka.

Sebenarnya ada risiko bila kita tukar-tukar polisi. Contohnya penyakit sedia ada tidak akan cover dalam polisi baru.

Jadi saya tanya kenapa beliau nak tukar.

“Dalam 3 tahun ini sudah 2-3 kali naik caruman bulanan.”

Sebab Caruman Takaful Naik

Ada beberapa sebab caruman takaful naik yang kebanyakkannya berpunca daripada dua tabung ini, tabung tabarru’ dan tabung nilai dana (cash value).

Apabila kita mencarum dalam takaful, caruman kita itu akan dibahagikan ke dalam dua jenis tabung ini. Jadi jika salah satu terpaksa dinaikkan, maka kemungkinan caruman dinaikkan agak tinggi.

Jadi kenapa berlaku kenaikan ke atas dua tabung ini?

SATU, syarikat revise semula bayaran tabarru’. Contohnya masa GST tahun 2014, kos rawatan meningkat. Maka ada beberapa syarikat terpaksa revises emula bayaran tabarru’.

Bila bayaran tabarru’ naik, caruman bulanan kita pun ada kemungkinan naik. Kebanyakannya berlaku pada polisi yang ada medical card.

DUA, nilai dana (cash value) sudah sikit. Ini bagi kes polisi produk investment linked.

Cash value ini berfungsi untuk menampung bayaran tabung tabarru’ sekiranya ada kenaikan.

Sebab itu ada ejen kata caruman tidak berubah sampai kau tua. Tetapi kalau nilai cash value makin mengecil, maka besar kemungkinan terpaksa naik juga.

TIGA, berlaku fraud claim. Suatu ketika dahulu ramai ejen buat ayat begini, “Kalau tuan tak percaya, dapat medical card nanti sakit sikit je terus masuk hospital. Tengok dapat ke idak elaun hospital.”

Kalau sakit betul, okla tapi ada jenis yang pakat dengan kawan kerja hospital sebab nak claim elaun hospital. Tak sakit pun dapat warded.

Bila fraud claim berlaku, maka dana dalam tabung tabarru’ makin mengecil. Bila makin mengecil, syarikat terpaksa naikkan caruman ke dalam tabung tabarru’.

++++++

Selepas terangkan benda-benda ini, saya pun tanya beliau, “Selama ini tuan ada keluarkan duit dalam takaful ke?”

“Ya, ejen ajar setiap dua atau tiga tahun kita boleh keluarkan ‘pelaburan’ takaful kita.”

Itulah bahaya bila fikir takaful adalah pelaburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*