Home » Artikel » Knowledge Sharing Session » Oil & Gas 101 Bersama SKO YPC

Oil & Gas 101 Bersama SKO YPC

KSS 040816 ver1

Alhamdulillah.

4 August 2016, selesai satu sesi perkongsian antara saya dengan rakan-rakan ofis di PCSB Miri sarawak. topik perbicaraan lebih kepada perkenalan sesama sendiri memandangkan ramai muka-muka baru yang baru sahaja berpindah ke PCSB Miri selepas restructuring pada 1 April 2016 yang lalu.

sebelum kelas bermula, ada saya bertanya setiap yang datang. ala-ala simple ice breaking session. dan seperti sangkaan saya, ada leih 6 orang yang tidak pernah ke offshore walau sekali. tapi itu bukanlah kesalahan mereka pun, sebab mereka datang daripada industri hiliran PETRONAS (baca:downstream). jadi memang la tidak ada keperluan bagi mereka untuk pergi ke offshore pun.

ada sorang kakak bertanya sebelum kelas bermula. “dah berapa lama di miri ni?”. saya jawab ” dah masuk tahun ke 7 dah kak”.

“owh, lambat lagi la boleh balik semenanjung”.

tergelak saya mendengar ayat akak tu. tapi akak tu mengakui bahawa kehidupan dia sebagai seorang ibu lebih berkualiti di Miri memandangkan jarak antara ofis dan rumah agak dekat dan masalah kesesakan tidak seteruk di Kuala Lumpur.

ada sorang akak nama Hidayah ni menyampuk semasa sesi suai kenal ” saya dah 12 tahun di Miri ni”. kami ketawa beramai-ramai mengingatkan soalan akak yang pertama tadi.

Dalam masa lebih kurang 2 jam, saya bercerita secara ringkas perihal upstream business yang di jalankan oleh PCSB. production arm of PETRONAS group. ada berkenaan asal usul industri minyak di Malaysia, cara-cara kita mendapatkan minyak, cara-cara platform di pasang di tengah lautan sana dan apa activiti sehari-harian kami yang bekerja dia pelantar minyak sana.

harap boleh buat beberapa kelas lagi untuk tahun 2016. insyAllah

, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*