
Salam & Hi.
Entry kali ini hendak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang pengalaman saya menggunakan BABYZEN YOYO selama 8 bulan.
[symple_box color=”blue” fade_in=”false” float=”center” text_align=”left” width=””]
TAK MUAT BONET KERETA!!
[/symple_box]
Flashback 24 bulan lepas, bila mana anak lelaki saya selamat di lahirkan, semangat anak pertama dan cucu pertama (Belah isteri). terus pergi cari stroller. masa tu kriteria cuma cantik dan ada tayar 3. maka dapat lah Sweat Cherry 6 (SCR6). boleh tengok laman web dia di SINI. Cantik memang cantik, harga pun boleh tahan lagi. tapi lepas beli dan pasang. baru la tersedar yang stroller ni akan amik SELURUH boot kereta. Ni dah pakai kereta sedan dah ni, kalau kereta compact memang kena cabut seketul-seketul la nak masukkan dalam bonet.
[symple_box color=”blue” fade_in=”false” float=”center” text_align=”left” width=””] JUAL dan BELI[/symple_box]
Lepas setahun lebih, nampak sangat stroller SCR6 ni lebih banyak duduk di rumah berbanding bawa berjalan. Maka amik keputusan untul jual saja di Mudah.my. Masa tu lebih suka pakai baby carrier sebab lebih senang nak bergerak dalam kesesakan orang ramai di mall atau baby expo. nanti kita cerita lain pasal baby carrier.
Awal 2014 memang dah perasan ada BABYZEN YOYO ni. ada dua tiga kawan yang dah beli. tapi bila di tilik-tilik harga dia sama dengan harga iphone sebiji. wahh… kita postpone dulu la, kata saya kepada isteri. tapi lepas jual SCR6 tu dan timbang-timbang beberapa aspek. kami beli juga pada bulan June 2014
[symple_box color=”blue” fade_in=”false” float=”center” text_align=”left” width=””] KELEBIHAN[/symple_box]
- Ringan
- Kecil
- Really Foldable.
- Boleh letak belakang kerusi co-pilot kereta. so dia tak amik ruang bonet.
- Approve for plane cabin.
- Bab ni memang bagus yang frequent travel naik kapal terbang sebab stroller ni boleh bawa masuk cabin. letak je atas overhead compartment tu.
Boleh tengok video di bawah;
Notakaki : Kalau ada kawan-kawan yang cari stroller. boleh share artikel ni untuk mereka baca. contact saya pun boleh. =)
Beli jun 2015?
Hahah….sgt advance!
Mok su : Oppss..teruk sangat typo…haha…sudah betulkan…terima kasih. =)