Home » Takaful » Takaful – Perkongsian Risiko.

Takaful – Perkongsian Risiko.

ANALOGI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Dalam Sebuah kampung. ada 100 keluarga dengan average 2 dewasa & 2 kanak-kanak. Setiap keluarga mengeluarkan RM50 setahun untuk di masukkan dalam satu tabung yang di namakan “tabung Khairat Kematian”.

Katakanlah kos untuk pengebumian satu jenazah ialah RM1000, ini termasuk kos menggali kubur, pengangkutan, jamuan ringkas dan sebagainya. Dan kadar kematian untuk kampung tersebuat adalah 1 orang setahun atau mungkin tiada untuk beberapa tahun. Jadi apabila ada kematian yang perlu di uruskan, RM1000 akan diambil daripada “tabung Khairat Kematian” ini. tabung ini biasanya di uruskan oleh pihak pengurusan masjid di kampung itu.

itu adalah yang di namakan sebagai perkongsian risiko. Dengan harapan apabila berlaku musibah kematian, kos untuk pengebumian jenazah itu tidak di tanggung oleh keluarga si mati sahaja.

PRAKTIS DI DALAM TAKAFUL.

Konsep yang sama di terapkan dalam industri takaful. perkongsian daripada peserta-peserta yang mencarum dengan syarikat takaful. Yang berbezanya, skop tidak terhad kepada “kematian” sahaja dan pengiraan bayaran lebih sistematik mengikut perkiraan actuari sains.

perlindungan kewangan juga bergantung kepada manfaat apa yang kita pilih. Ada banyak produk takaful, dalam Takaful Keluarga sahaja ada banyak rider yang kita boleh pilih.

RUGI KE KALAU AMBIL TAKAFUL?

Biasa kita dengar;

“Untunglah syarikat takaful kalau tak banyak kematian dengan sakit kritikal”

statement tu betul untuk syarikat insuran. customer insurance mengambil premium. dan premium ini memang menjadi hak milik syarikat insurance tersebut. tetapi untuk peserta takaful, mereka memberi sumbangan, dan sumbangan ini adalah hak milik setiap peserta dan syarikat hanyalah menguruskan tabung tabarru’ itu. Oleh itu syarikat berhak mendapat upah. Manakala tabung tabarru’ itu dilaburkan, disimpan untuk manfaat semua peserta yang menyertainya.

Tanyakan soalan takaful anda kepada saya.

MaarufMohamad

0195210645

 

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*