Salam hari pertabalan Agong Malaysia, 6 June setiap tahun

Harini, saya ambil keputusan untuk menukar bateri iPhone 4S saya di i2fix.com bertempat di PV128 jalan genting klang, Kuala Lumpur. bateri iphone ni dah dalam 6 bulan ni berfungsi dalam keadaan yang tak memuaskan. bateri bar masih tunjuk 40%, boleh padam tanpa sebab. well, sebab yang paling senang nak agak adalah bateri kong la kan.
Sampai ke PV128 melalui jalan genting kelang dalam jam 1315. i2fix ni berada pada tingkat 2 betul-betul bawah kampung pengantin atau lebih tepat di atas perkataan PV128 yang besar gabak dekat bangunan tu.
masa sampai ada 3 customer dalam kedai tu. tapi sejurus saya masuk, seorang customer terus ambil telefon dia dan bayar dan terus keluar. dah siap repair. memandangkan harini adalah cuti umum, hanya ada dua technician yang bertugas. tunggu lebih kurang setengah jam, maka giliran saya sampai la. nama technician yang attend iphone saya adalah Amran (kisah viral di FB pun mamat ni). saya tanya, battery replacement iPhone 4S berapa charge? (dah tanya PM di FB, kot la harga lain). dia cakap RM140 sebelum tax.
prinsip kedai ni, sebelum buka handphone customer, dia akan buat function check dulu. tapi memandangkan iphone 4S ni dah lama x charge, and maybe battery dah totally out. charge 15 minit masih x hidup-hidup. so saya cakap, buka saja la and tukar battery. insyAllah semua function jalan macam biasa.
dia amik tools dia, buka iPhone tu and replace battery. x sampai 10 minit pun urusannya. tapi sebab dia bukak dan tukar battery depan kita face to face, puas hati la nampak apa dia buat.
masa tengah charging battery yang ‘kong’ tu ada borak-borak juga.
- average customer daily dalam belas-belas orang (tapi harini ramai betul orang)
- battery iphone last 2 years plus saja dengan new IOS 7-8 ni. sebab lebih banyak apps dan lebih berat. kalau dapat pass 3 years memang bonus saja la.
- mereka memang jual spare part original apple sahaja tapi ada beberapa item OEM juga.
- normal ada 3 orang technician pada satu-satu masa. (harini public holiday, so ada 2 orang je kerja)
- battery yang bagus, kadar charging ialah 1% for every 1 minute




iPhone 4S ni dah selamat masuk dalam Mudah.my.
harapnya adalah buyer untuk beli iPhone 4S ni, aminnn..
nak usha-usha di Mudah.my?
taip “iPhone 4S white (just change new battery)” atau klik link di bawah
http://www.mudah.my/vi/36483853.htm
Suka artikel ini? klik share di bawah ok..
klu tukar skrin pecah mahal ke?
Hi Sharini.minta maaf baru reply. dekat i2fix.com tu dia kira ikut model. macam iphone 4S haritu ada tanya harga skrin, dalam RM700 juga..
lain model iphone, lain harga dia..
harap membantu.
kalau bateri iphone 5 dia amik berapa?
hai hai kak Niza.
untuk original bateri iphone 5 dalam lingkungan rm160 macam tu.. tapi bagus call dulu kedai tu sebelum pergi untuk dapatkan harga sebenar…
Macam mana nak dapatkan nombor merek?
hi Ika.
apa maksud merek?
kalau nombor kedai boleh saja google i2fix.com dan pilih cawangan mana dan nanti ada nombor tertera